Murah Rezeki Andai Kata Banyak Bersedekah - Almaklumlah, Hati Kenalah Ikhlas Ya Kawan

Bismillah.. >.<

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 245

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.


Nak dipendekkan cerita.. Apabila kita nak bersedekah, yang paling penting satu je perlu kita sediakan, "Niat hati wajib ikhlas, baca bismillah dan tidak mengharapkan balasan bila bersedekah".. Cuba didik diri sendiri bilamana nampak tabung masjid, orang minta sedekah, duduk tepi pasar, ringankan tangan, dan bersedekah lah dengan ikhlas walaupun seringgit sahaja yang kita mampu. Setakat itu pun InsyaAllah dapat balasan dari Allah.

Aku cerita ni, bukan cerita kosong, bukan cerita nak semangat agama atau nak menunjuk2 dekat korang yang konfem lagi banyak ilmu dari aku. >.< Benda ni sekadar berkongsi supaya nak menunjukkan kuasa Allah bila2 je Dia boleh makbulkan dan bila2 masa je Dia boleh tolong kita. Sebab dah banyak kali terjadi benda yang tak diduga ni, dengan tiba2 dia datang sendiri dekat aku. :D


Tak selalu pun aku ni nak bersedekah, nak hulur duit dekat masjid even selalu singgah, Sebab pakai kain pelekat nak letak mana duit maaa.Hehhe :D  Bila sampai masjid, ternampak la tabung masjid tu depan mata.. "YaAllah, Lupa nak bawak seringgit.." Even ia seringgit sekalipun, ia tetap dikira besar pahalanya disisi Allah SWT "Andai hati kita ni ikhlas lah".
Memang banyak kali terbuat macam tu, sedangkan masa tu dekat dalam dompet banyak lagi duitnya tapi ada dekat rumah.. *Banyak la kot, cukup2 buat makan keropok je..Hihhi >.<  Tapi bila aku ada duit, aku sedekahlah dengan ikhlas dan cakap dalam hati, "aku tak mengharapkan balasan dariMu YaAllah".
Dan sampailah satu masa, bilamana dengan jujurnya aku cakap, aku langsung takda duit ataupun ada masanya duit aku tinggal sikit je setakat syiling2 je, yang bermain dalam kepala aku satu je, "Takkan nak mintak mak lagi kot, nak keluar lepak cane pulak, nak topup, nak makan sedap2, nak shopping sikit2".. -.-' *Jujur aku cakap ni..
Setiap kali takde duit, terfikir lah kat mana aku nak cekau duit even RM50 seminggu. :( Tapi..
Dengan izin Allah, memang dalam kepala tak terfikir langsung pasal sedekah bagai semua tu, tuptap2x! Tiba-tiba Allah bagi rezeki sacara mengejut waktu aku susah. 

Sebagai contoh, Duit orang hutang yang kita dah lupa, tiba2 member sendiri semangat nak bayar hutang waktu aku takde duit. Dan yang paling berharga sekali rezeki yang Allah bagi dekat aku baru2 ni, Mak bagi sampul surat yang aku tak tahu isi dia apa.. Buka2, Alhamdulillah, masa ni la sehelai Cek RM ratus2 juga aku dapat masa tu..*duit bonus ape tah..HOHHO.
Demi Allah bila dapat duit tu, Aku rasa, "Adakah Allah membalas semua ni atas keikhlasan dalam bersedekah hari tu?"  Sampai bila2 dalam hati rasa nak bersedekah even seringgit sekalipon yang penting hati Ikhlas. 
Andaikata korang masih lagi berduit, masih mampu nak bersedekah, masih mampu nak hidup senang lenang ni, ringan kan tangan hulurkan sedikit keikhlasan supaya kelak aka ada balasan yang mungkin bila2 pon kita boleh dapat. Dan bila dah dapat, jangan lupa diri, Ucaplah "Alhamdulillah" tanda syukur dengan berkat yang kita tak nampak selama ni terhasil juga. :)
Btw maaf, hati sikit pun tak rasa nak riak dan bangga tak semene2.. Aslmlkum.

AWAS!!
Jangan rosakkan amalan sedekah anda dengan rasa riak, 
takbur, merungut, membangkit-bangkit dan sewaktu dengannya.

0 Komen:

Tukar Tapak Kaki