Kemenangan Islam Ikhwanul Muslimin Di Mesir Tanda Awal Islam Telah Kembali - Dr.MOHAMED MURSI For Muslim Brotherhood

Kalau rakyat malaysia baca isu semasa, maka tahulah dia pasal Mesir. Yang mana ia adalah negara para sahabat dan para nabi jejak, duduki, dan sebarkan islam dahulu kala.. 

Kemenangan Dr.Muhammad Mursi di Mesir adalah satu ERA baru dalam dunia Islam. InsyaAllah dengan kemenengan pemimpin ikhwanul muslimin di Mesir dapat mengembalikan Islam yang sebenar. Hak2 islam dikembalikan walaupun kuasanya di had kan oleh Tentera mesir dan barat sendiri. Mungkin takut agaknya. :) 

Jadi terdapat dua calon yang telah dicalonkan iaitu Pemimpin Ikhwanul Muslimin Dr. Mohammed Mursi Dan pengikut hosni mubarak iaitu Ahmed Shafiq. Perbezaan majoriti pengundi takdelah jauh mana, tetapi yang benar tu lebih lagi dari yang tak betul kan.


Marilah ramai2 kita berdoa agar Salahuddin al ayubi zaman modern akan membuka Al-Quds.InsyaAllah.. Islam menang bukan perkara remeh. Moga palestin, syria dan negara islam yang lain dikembalikan hak mereka. Amin. Ini baru permulaan, dan inilah tanda akhir zaman, Islam akan bangkit. Islam kembali memimpin.
 
Kita ambil kata2 dari presiden palestin Ismail haniyyeh,
"Ajaib sungguh penjara Mesir. Masuk Nabi Yusuf a.s kedalamnya dan setelah keluar diangkat menjadi Raja Mesir. Dan begitu juga lah masuk Dr. Muhammad Mursi kedalamnya dan setelah keluar dia diangkat menjadi Presiden Mesir. SubhanaALLAH.. "    

Ucapan pertama Presiden Dr.Muhammad Mursi yang baru, adalah seperti ucapan yang sama pertama kali apabila Abu Bakr r.a menjadi khalifah. Ya Allah, berikan dia & kita ikhlas, menjadikan perkataan beliau & kita kepada tindakan, dan memberikan semua pemimpin negara kita yang benar! 

Dan kita berharap sangat pengikut2 hosni mubarak merubah hati untuk terima ikhwanul muslimin yang lebih adil berbanding hosni mubarak yang lebih mengikut kepada agenda barat, serta tidak berusaha untuk menghapuskan perjanjian "CAMP DAVID" iaitu perjanjian damai antara Israel - Mesir dan orang tengah perjanjian tersebut adalah USA. Ini adalah supaya Israel tidak dikecam dan agenda mereka agar Israel tidak di ganggu dan rakyat palestin terus merana. Sadat ni memang kurang akal, pengkhianat negara2 islam betul dia ni, pergi terima perjanjian bodoh tu buat apa.. :)

Najla Ali Isteri Dr. Mursi.. *better then our prime minister WIFE.. :D

Series kita yang dekat malaysia patut bersyukur yang amat.. bila mana salah satu negara islam dipimpin oleh orang yang adil, yang sentiasa mendekatkan diri pada Allah, secara automatik Allah akan menolong umat Islam, membuka laluan kepada umat Islam dan agama Islam, dan memberi cahaya kepada negara2 Islam yang lain.

Aku bukan nak hipokrit la, tapi ni adalah realiti pasal islam. Agama kita, agama kebanyakan rakyat malaysia. Btw, salah satu sebab kemenangan dorang, usaha kempen dekat twitter dan facebook.. Jadi kalau hendakkan politik yang tanpa batasan dan kebenaran dekat Malaysia ni, korang bacalah dekat laman sosial, tu lagi baik dari TV kita yang berat sebelah. :)

0 Komen:

Tukar Tapak Kaki