Soalan Pelaku Seks Atau Bakal Pelaku Seks Ranjang Di Bilik Gelap

Kami Tidak Berzina!
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.
 
Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum ? Adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya kelembah perzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dengan Adam dan Hawa? Iblis amat licik. Pengalaman banyak. Ia ada lebih 1001 cara.

Ingat, Pesanan Rasulullah: Jangan engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan ( HR Tabrani ). Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis


Tidak semestinya semua orang yang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
Betul! Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis, akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?


Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.
 

Tentu ada cinta secara Islam.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; Cinta selepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemulian agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa ? sesuatu ? sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.

Sabda Rasulullah: Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. ( HR Ibni Majah ).

Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.


Kalau begitu, Cinta remaja semua menghampiri kepada perzinaan?
Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian, Mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual sehingga malam gelap. Hubungan semakin akrab, dah pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin hampir dan dekat dengan perzinaan?

Penghujung jalan cinta adalah perzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah perzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun.


Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.
Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonanan yang dibuat-buat dan kepura-puraan.Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik.
Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta.

Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dengan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang. Penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit dah kena tengking. Jadi perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah satu kepuraan atau hipokrit.


Tanya sedikit? Nak Buat adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta..
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya ? angkat ? ini sebenarnya telah masuk kedalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.


Adakah orang yang bercinta hilang maruahnya?
Antara kemulian manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadai maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkhawin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkhawin dengan orang yang beriman. Allah Berfirman:

Lelaki yang berzina ( lazimnya ) tidak ingin berkhawin melainkan dengan perempuan berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula ( lazimnya ) tidak ingin berkhawin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkhawinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. ( Surah ai- Nur: 3)


Jadi orang yang bercinta itu hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.   (oh! ini aku setuju gile!!!) grrr


Kami telah berjanji sehidup semati.
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang.Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang hingga ia menjadi pepatah.


Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki apabila ingin mengambil seorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok, suka berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.


Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang ?second hand ? sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakan di Show room sahaja; display only.Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula kata; sekadar sepinggan mee goring dan segelas sirap bandung, bawalah kehulu kehilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya


Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.


Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha?

Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:
  1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
  2. Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
  3. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan orang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas Ijab Kabul.

Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh, tidak ke mana!
P/s:Jangan korang fikir,aku suka buat entry lucah je..heh! Ingat2kan sesama islam.. :'(

9 Komen:

Aimie JAY said...

Nice.. but kenape mcm seolah2 salah gurl? kenape kalau couple gurl diangap xade maruah? mcm mne dgn boi? Perempuan pun nak lelaki yang baru.. Bukan second hand yang telah dipegang2 oleh gurl lain.. So baru adil kan..
Sorry.. banyak pulak tanye;p

HazHand said...

amie jay: ambik no ni, Tanyalah ustaz eh.. :p TV "999"

aslann said...

gambar mulut makan pisang tu kan..eeee..sungguh menghairahkan...GGrr!

kaum sejenis pun xleh caye..sume gay..hahaha..

Aimie JAY said...

haha!! engtkn ustaz hasif boleh jawab tadi :p

iaFa waFafa said...

betul jgk ckp aimi tu,. tak kan sume nye salah gurl jer,. boi?? ade maruah ker??

HazHand said...

aslan: ko suke aje..

HazHand said...

aimie..hohohoh

HazHand said...

wafafa: xslah kan pmpuan pun..itu kan slah due2?? kan

Cik Ladies said...

erkk.. XD

Tukar Tapak Kaki