Budak 13 Tahun Cipta Website Mirip2 Facebook

Ni baru 13tahun,belum lagi nak masuk atas umur 18.. Padahal baru je naik sekolah menengah kalau umur camni kat mlaysia. Nasib baik ko ni kat indon. Kalau kat malaysia, aku dah tabik dah.. :p
Actually,hebat la jugak, Website dia segala2nya ada kot. Register dah hebat dah.. Nak log in series sebijik macam facebook. Mark tahu ni,disamannya nanti kang. Dan ada cara budak nih buat website tu. Korang baca la sampai habis. Nak buat website macam facebook tu bukan susah pun, aku pun boleh buat.. hahha (cakap besar ko ni asip)..
BANDUNG - Walaupun baru berusia 13 tahun, seorang budak lelaki di Indonesia, Muhamad Yahya Harlan ternyata hebat apabila dia mencipta laman jaringan sosial mirip Facebook, lapor akhbar dalam talian, Tribunnews.com semalam.

Laman itu yang dinamakan salingsapa.com dapat disiapkan Muhamad yang belajar di Sekolah Alam Bandung, di sini, dalam masa sebulan.
Konsep salingaapa.com hampir menyerupai Facebook yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg dari Amerika Syarikat tetapi Muhamad berkata, laman webnya menampilkan beberapa ciri tambahan.
"Pada awalnya, saya menonton berita tentang ada orang Indonesia yang mencipta laman web seperti Facebook dalam bahasa Indonesia.
"Saya terus terfikir, saya juga boleh mencipta laman web serupa, tetapi lebih baik lagi," kata Muhamad ketika ditemui di sekolahnya kelmarin.
Seterusnya, anak sulung pasangan Yan Harlan, 45, dan isterinya, Fidriana, 37, itu mulai 'mengklik' komputernya untuk merancang ciri-ciri laman sosial yang akan dihasilkan nanti.
Dia turut mendapat bantuan daripada ayahnya yang menyumbang idea tentang ciri-ciri yang diperlukan untuk menghasilkan salingsapa.com.
Kini, kejayaan pelajar cilik itu mendapat penghargaan daripada pelbagai pihak. 
Menurut ibunya, Muhammad membentangkan hasil kerjanya itu di hadapan 12 mahasiswa Institut Teknologi Bandung semalam.
"Harapan kami ialah laman sosial ciptaan anak saya ini akan digunakan untuk tujuan kebaikan," kata ibunya.

Macam mana budak 13tahun ni buat website semirip2 macam facebok? Aku rasa, kalau korang tahu pun,bukannya susah sangat.. Kalau korang tahu,korang just keluar duit sikit, n korang dah boleh buat. Korang nak buat untuk sedara mara je pun boleh.. kwan2 sekolej ke..
Ok,Sebenarnya, budak tu, takdelah nak perha otak sangat buat website tu. Dia just pakai template yang dah sedia ada kat pasaran sekang,banyak template open source yg boleh guna.. mcm Elgg dan Dolphin.. Actually, dia beli dari website tu, Mybe murah kot.. ntah laa. N then dia ubah2 la dan modified kan website tu sikit2.. Mungin banyak gak dia ubah.. Cara ubah pon pakai default template yang dah siap atau melalui html dan java. (pergh,JAVA! hebat budak ni)..

Dekat mana dia beli eh??  taknak berapa pasti laa... Konfem Dia beli dekat "JCOW"..

Ok,kalau nak tengok,bukan indon je ada.. Malaysia pun ada laa... tapi,korang bezakan k, Website salingsapa.com dengan yang malaysia ni sama je. Template lain.. Cuma ikut kreativiti dorang je.

salingsapa.com  (ni indon)Just tukar domain je.
http://fulaweh.net/network/ (ni malaysia,Dia tak tukar doami pun..)

Dua2 ni pakai perkhidmatan dari JCOW... Korang nak try buat,try la kat sini k. Apa yang penting, Fbook tetap dihati.. ;-) Tapi bila lah malaysia punya nak ada nih.. Drbook pulak,entah bila ko nak launch kan.. tak habis2 dengan countdown ntah bila nak habis..
hahahha,bila dan bila...??

12 Komen:

Wawa Zameri said...

hahaha suka bahagian perbualan dr drrozmt, mark, tom & jack, HAHAHA :)

_aLiaHwaFa_ said...

drbook nnt sampai 40juta tak yg gune? haha

imaza93 said...

hebadd la budak nii ^^

-QinaSha Hudson- said...

buat jugak ke account ni sip?. haha. rasa cam nak sign up je

marish sha said...

macam same je dua2, ayat pun sama, hihi,

marish sha said...

dah buat, add lah sy, haha

HazHand said...

wawa!! hahaha,itu la psal.. masuk air tol..

HazHand said...

aliah... : erm,rsenye,xsmpai kot... bribu2 je wa rasa..haha

HazHand said...

imaza..: base lah,indon kan rmai yang hebat2 lau psal kmptr..lagi2 hack..

HazHand said...

Qina.. hahah,try la,lau nak tahu best xbest.. tp aku rase cm rmai endon je..

HazHand said...

marisha!!: hahah,buat jugak..? xleyh bla...
aah,dorg kan wat same2 tmpt development uh.. jcow!!

athirahzaki said...

hebat gila doh budak ni.
perghh.

Tukar Tapak Kaki