Kucing Masih Hidup Walau Paku Menusuk Kepala

Kepala seekor kucing ditusuk paku (bulatan) & Gambar X-ray menunjukkan paku yang tertusuk di kepala seekor kucing.

BANDAR SIOUX, Amerika Syarikat (AS) - Seekor kucing masih hidup walaupun kepalanya ditusuk dengan paku.
Kucing yang tertusuk paku di kepalanya itu merayau-rayau semasa ia ditemui oleh anggota-anggota sebuah agensi kawalan haiwan selepas mereka mendapat maklumat mengenainya baru-baru ini.

Seorang anggota sebuah agensi kawalan haiwan Cindy Rarrat, berkata.. "dia tidak pernah melihat situasi seperti itu terutamanya apabila kucing tersebut masih hidup & paku itu mungkin ditembak dengan pistol paku oleh seorang individu."
Namun, seorang doktor berjaya menarik keluar paku sepanjang 7.62 sentimeter itu di sebuah klinik haiwan pada jumaat lalu..

1 Komen:

Nurhasnatul Nabila said...

uhhh! kcian nyer :((

Tukar Tapak Kaki