Beli Yang Baru Atau 2nd Hand - Mana lebih bagus?

Mesti ramai yang terfikir,kalau nak beli barang yang mahal tu,nak ambik yang baru ke,nak ambik yang 2nd hand?... Wah! mesti peningkan kepala bila terfikirkan barang yang sememangnya kita nak sangat2,tapi mestilah nak yang terbaik kan. Bawah ni antara pendapat aku mengenai pemilihan sama ada baru atau 2nd Hand. ok.
Actually,taknak panjang2,jadi sikit2 aje ok aku ceritakan pendapat;
BELI YANG BARU:

Kelebihan:
  • Masih belum orang pakai lagi. dan konfem la baru keluar kedai kan. Jadi,belum ade rosak2,belum juga ada tanda cap jari kan. Kiranya,ini yang terbaik. Tak perlu nak risau rosak.
  • Kalau rosak,korang boleh mintak warranty kan. Takyah nak risau sangatlah. Actually, Kalau beli yang baru,yang wajib ada, "WARRANTY".. Yang aku tahu,handphone,1tahun atau 2tahun.huhu.. Sila Tengok KAD warranty k.
  • Ada kotak,ade kesemua yang diperlukan kalau beli baru.Lengkap lah kiranya.
  • Dipandang kaya!! "AHH!kisah apa orang nak pandang macam mana pun,entah2 duit pinjam je" ;-)
  • Kalau ada diskaun,ketika inilah korang boleh yang baru,dan tiba2 harga jadi murah. untungkan  barang murah lepas tu baru.
Keburukan:
  • Mahal! iYelah,baru kan,mesti la mahal. dan disebabkan mahal la duit cepat habis kan.
  • Jangan tertipu.kadang2 yang baru tu ada yang "recon". Bermaksud,yang 2nd hand,die jadikan macam baru balik dan harga dijual harga baru. Sekali semua kotak ada. tapi yang cikai2,malah nampak macam original baru. Berhati2 k.
BELI YANG 2nd HAND:

Kelebihan:
  • Murah! Biasalah..Kadang2 kalau kita cari yang secondhand,kebanyakan murah. Dan kadang2 tu juga dia bagi separuh harga dari harga asal. Sebab tu ramai yang buat keputusan nak beli yang 2nd,takdelah habis duit cepat kan. Jimat pun jimat.,
  • Nampak macam yang baru!,dan konfem harga 2nd. Macam aku buat,jumpa handphone yang baru pakai 2bulan,tuan dia jual pun sebab nak tukar handphone mahal sikit. Jadi,aku yang untungkan beli harga 2nd,tapi masih baru.
Actually,2nd Hand akan digunakan bila "pengguna pertama dah beli,dan tiba2 baru seminit dia pakai, than dia terasa nak jual balik pun,barang yang dia beli tu tetap akan dipanggil 2nd HAND" its rite?


Kelemahan:
  • Tiada Warranty. Actually,kadang2 tu,ade kedai yang tawarkan warranty sebulan atau seminggu je. So pandai2 la korang slowtalk dengan penjual tu kalau nak beli 2nd.
  • Ada cap jari,calar2,dan maybe ada kerosakan yang disembunyikan. Kalu nak beli yang 2nd,kena pandai2 la cek dulu. kalau rasa ok,barulah beli k. Calar2 ape semua tu,xpayah kisahkan sangat,sebab apa yang kita nak hanyalah isi dia. means,enjin ke,bateri ke,dll..
  • Boleh pakai sekejap je kalau tak pandai jaga. iYelah,kan dah 2nd Hand tu. Lain lah kalau pandai jaga.

Jadi korang dah tahu serba sedikit kalau nak beli brang sama ada nak yang baru atau 2nd Hand k.agak2 klau korang nak beli yang baru,cukupkan duit tu. PLEASE! jangan beli yang baru kalau tak banyak duit,takut lepas ni pergi pinjam kawan pulak. pinjam ahlong ke..
P/S:Kalau nak beli barang, tolong mintak pendapat kawan. supaya korang tak mudah tertipu dengan penjual. Jangan disngka barang yang baru itu BARU. Banyakkan bertanya pada yang lebih xpert mengenai barnag yang ingin dibeli seperti contoh handphone,kereta,rumah dll..

0 Komen:

Tukar Tapak Kaki