Disebalik "Relationship Status" - Di Facebook


Facebook relationship
Single
Terang dan nyata, tak perlu bersuluh lagi. Kalau perempuan letak status single, bunyinya lebih kurang macam ni “Hello, Nama saya XXX. Umur X. Saya masih single. Marilah berkenalan dengan saya =)” Kiranya awek yang letak relationship status as single ni memang dah ready untuk berkenalan dengan lelaki lain dan mungkin menjalin hubungan dengan mereka.
Kalau lelaki pulak, aku cakap kurang macho sket. haha~ Untuk lelaki, elemen surprise tu penting. Macam ni, mula-mula kita tunjuk minat kat girl tu. Tanya itu ini bla bla bla, lepas tu bila girl tu sedar yang kita bagi dia banyak attention mesti dia tertanya-tanya “ish.. mamat ni single ke tak ni?” Anxiety atau perasan ingin tahu bertindak lebih baik daripada kalau perempuan tu awal-awal lagi dah tau ko single. Sebabnya, kalau dia tahu ko single dan ko approach dia cakap nak kenal, dia dah bajet awal-awal yang ko mi tak lain dan tak bukan nak ngorat dia. Perempuan akan perasan hot bila ramai lelaki nak kenal dengan dia (ni aku tau daripada perempuan sendiri ok!) dan confirmla ramai lelaki tengah, sedang dan telah approach dia . Jadi agak susah la nak curi hati dia. chewahhh~

Lagi satu kalau lelaki yang tunjuk status single ni macam tak heran sangat nak ber-relationship ke tak masa tu. Mereka hanya menjadi jujur, tak nak fikir banyak-banyak sangat pasal perempuan. Main Dota (Dunia Orang Tanpa Awek) lagi bagus. LOL~

In a Relationship

Yang ni dia tak cakap in a relationship dengan siapa. Sebabnya:
  1. Pasangan dia takde Facebook <– wujud lagi ke orang macam ni?
  2. Dia nak relationship tu jadi private, mungkin dalam friend list ade 5000 friends
  3. Couple dia tak comel/kacak/cantik?
  4. Couple dia sama jantina, kira nak sembunyikan ke-homoseksualan dia la.
  5. Pasangan dia Lady Ga Go
Kalau yang tulis dia in a relationship dengan si polan bin/binti si polan pulak:
  1. Pasangan cantik/hot/kacak/macho/bergaya. Mesti tunjuk kat semua orang. hoyeah~
  2. Biasanya pasangan ni kawan, mungkin kawan masa sekolah atau kawan kat uni, so kalau couple announce je la kat Facebook.
  3. Saje nak make it official. Sekarang ni Facebook dah jadi semacam kayu ukur relationship orang pulak padahal benda relationship ni personal, kalau tak mention pun takpe.
  4. Apa lagi? aah~ Aku dah buntu.. Tambah sendiri

It’s Complicated

Golongan yang ni la kan aku rasa memang attention seeker betul la. Kalau relationship dah tak tentu dan ada complication tu tak payah la bagitau satu dunia, benda relationship ni sepatutnya jadi personal. Time happy boleh la share dengan satu dunia, time tak happy simpan sendiri cukuplah. Apa-apa pun suka hati korang la kan. Cuma pandangan aku je.

Kalau tak tulis apa-apa?

Yang ni susah sikit, mungkin atas pagar, mungkin orang ini terlalu private, mungkin orang ni malas nak ber-relationship. Kita tak tau. Misteri. Nak tau kena tanya personally, tu pun kena ada sebab baek punya baru dia bagi tau..
Yang lain tu jarang nampak dan tak menarik untuk dibincangkan. So kita abaikan jelah ye. Apa kata korang? Ada nak tambah?
P/s: Korang rasa,apa status aku sekarang? AVAILABLE kan?? huhuh.. Jangan marah sayang~

18 Komen:

tia said...

tak marah lah yang~
segan jepp ;)

ofcuz said...

owh~ segan.. kenape yer?
huhuh

::fatihahanapi:: said...

aku suke misteri. so better x tulis ape2..kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi..! :)

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

pernah buat entry pasal ni.. saja je mengkompiuskan dri..

tia said...

sebab saya geramm lah gila ! haish ~

Sky8Men said...

aku divorce...haha....

ofcuz said...

fatihah:Ikut perasaan kita sendiri kan??kan3~
chan:konfiuskan untuk ape..?
Tia:owh,geram je kan..hehe :-D
Sky8Men:Dan tu adalah yang terbaik!

tia said...

gemOk betOl budak neyh ! grgrr

Laila's Lounge said...

separated :))
bhahaha

ofcuz said...

elleyh~

NurUL said...

ohh ! i like sgt ..

ofcuz said...

nape?? suke la tuh..haish

little lurve said...

kalau married? tp children dia kengkawan cm ne lak tu? heee

ofcuz said...

entah.. pe kate try tnye cermin..hohoho

Zala Wajik said...

tak pernah isi bahagian relationship tu. HAHAHAHA

ofcuz said...

owh!! t lame2 isi lah tuu

Irdina Ina Nana Aziz said...

Singlee..
Kah3x

Ina Azizz said...
This comment has been removed by the author.

Tukar Tapak Kaki