Ciri Calon Suami Untuk Dikahwini laa Wahai Perempuan

Ramai gadis idamkan lelaki yang boleh jaga dia. Tak kira lah kau ni lelaki dayus atau tak dayus," AKU NAK GAK KAU JAGA AKU!"... haha,Dats mean,setiap gadis ni konferem mauhukan lelaki yang betul2 boleh jaga dia hal2 dunia takpun akhirat. Yups! Korang pernah dengar tak hadis nabi S.A.W yang bunyinya lebih kurang,camni~
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik"
iYelah,permpuan mana yang nak kan suami dia tu,harappa! Cikai2.. dah lebih kurang macam aku ni.. (woi2! yang ko g ngaku tu napa!) :-D  Dan wanita nih,kalau nak lelaki yang seperfect,macam..err..sahabat2 nabi ke.. macam pak2 ustaz ke,korang pun kenaelah berperangai ala2 "ALIM".. huhhu. kalau tak boleh,jawabnya,cari jelah suami biasa2 je. yang cooll.... 


Sudah! jangan nak ngarut dah,lebih2 pulak kan. :-) Fullfully,nak kasitahu kat wanita2,ni ciri2 korang nak bersuami..

Apa yang di tulis kat bawah ni sesuai untuk lelaki dan wanita. Kalau korang ni wanita, carilah lelaki yang ada sifat-sifat ni. Jika korang ni laki2 sejati, jadilah seorang lelaki yang ada sifat-sifat ni.
10 sifat calon suami yang baik

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
P/s:JAngan nak cari yang perfect sangat la.Kau ingat laki ni ramai yang kuat agam ke.So pandai2 la korang cari hingga kehujung lubang cacing. ;-)  Selamt mencari wahai perempuan..

3 Komen:

yunk tia said...

gOod gOod ! jadilah yang terbaek yepp :)

ofcuz said...

uhm,ok!!! no problem!!

Nurhasnatul Nabila said...

satu agi..
aku baru baca kat mane ntah..
lelaki sejati adlh lelaki yg setia pada cinta dia...

Tukar Tapak Kaki