Murah Rezeki Andai Kata Banyak Bersedekah - Almaklumlah, Hati Kenalah Ikhlas Ya Kawan

Bismillah.. >.<

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 245

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.


Nak dipendekkan cerita.. Apabila kita nak bersedekah, yang paling penting satu je perlu kita sediakan, "Niat hati wajib ikhlas, baca bismillah dan tidak mengharapkan balasan bila bersedekah".. Cuba didik diri sendiri bilamana nampak tabung masjid, orang minta sedekah, duduk tepi pasar, ringankan tangan, dan bersedekah lah dengan ikhlas walaupun seringgit sahaja yang kita mampu. Setakat itu pun InsyaAllah dapat balasan dari Allah.

Aku cerita ni, bukan cerita kosong, bukan cerita nak semangat agama atau nak menunjuk2 dekat korang yang konfem lagi banyak ilmu dari aku. >.< Benda ni sekadar berkongsi supaya nak menunjukkan kuasa Allah bila2 je Dia boleh makbulkan dan bila2 masa je Dia boleh tolong kita. Sebab dah banyak kali terjadi benda yang tak diduga ni, dengan tiba2 dia datang sendiri dekat aku. :D

Kemenangan Islam Ikhwanul Muslimin Di Mesir Tanda Awal Islam Telah Kembali - Dr.MOHAMED MURSI For Muslim Brotherhood

Kalau rakyat malaysia baca isu semasa, maka tahulah dia pasal Mesir. Yang mana ia adalah negara para sahabat dan para nabi jejak, duduki, dan sebarkan islam dahulu kala.. 

Kemenangan Dr.Muhammad Mursi di Mesir adalah satu ERA baru dalam dunia Islam. InsyaAllah dengan kemenengan pemimpin ikhwanul muslimin di Mesir dapat mengembalikan Islam yang sebenar. Hak2 islam dikembalikan walaupun kuasanya di had kan oleh Tentera mesir dan barat sendiri. Mungkin takut agaknya. :) 

Jadi terdapat dua calon yang telah dicalonkan iaitu Pemimpin Ikhwanul Muslimin Dr. Mohammed Mursi Dan pengikut hosni mubarak iaitu Ahmed Shafiq. Perbezaan majoriti pengundi takdelah jauh mana, tetapi yang benar tu lebih lagi dari yang tak betul kan.


Marilah ramai2 kita berdoa agar Salahuddin al ayubi zaman modern akan membuka Al-Quds.InsyaAllah.. Islam menang bukan perkara remeh. Moga palestin, syria dan negara islam yang lain dikembalikan hak mereka. Amin. Ini baru permulaan, dan inilah tanda akhir zaman, Islam akan bangkit. Islam kembali memimpin.

Surat pengakuan dari Seorang Peserta Bersih Yang Boleh Difikirkan Sendiri


Surat pengakuan dari Seorang Peserta Bersih.

Serba sedikit pengakuan dari saya sendiri dengan penuh ikhlas dan tanpa berpihak pada mana2 pihak..:

Yang tak pergi bersih duduk rumah, dan enjoy dengan kawan, yang mengatakan siapa pergi bersih tu BODOH, just shut up your mouth. Jangan cakap lebih seperti korang pergi. 

Saya yang pergi dan tidak menyokong mana2 pihak sekalipun, Saya tahu situasi sebenar ketika itu. Ketika permulaan provokasi dan ketika ramai peserta bersih diserang menggunakan tear gas khas dari ISRAIL. I know your opinions is the best untuk lawan orang yang pergi bersih, tapi korang tak tahu langsung perasaan peserta yang dibelasah lebih teruk dari polis, dan tiada polis pon yang sudi backup.

Jika nak dibandingkan dengan polis yang dibelasah oleh peserta @ "polis SB", Polis itu tetap DIBACKUP oleh peserta bersih. Saya sendiri lihat dan tengok. Pliss, shut up your mouth. Jangan tunjuk anda ni cool. 
Siapa yang mulakan provokasi, saya juga lihat sendiri dengan mata saya sendiri. 

Cuba kaji dari kedua2 pihak.. Jangan hanya kaji satu pihak melalui media yang menipu. Dan cuba fikir kenapa jugalah ULAMA' juga turut menyokong bersih.. Kalau fikir jauh, ulama' tidak menyokong keganasan, tetapi hanya menyokong keadilan dalam Malaysia.

Kerana diakhirat juga kita pun akan ditanya kenapa tidak menegakkan keadilan.. Even its abouts politik.Kalau polis, ada sebab mereka tiba2 provokasi.. Ini ayat seorang polis yang telah menenking pada saya sendiri "Korang dah bunuh sorang polis!!!.. 

Mereka provok dan mengganas kerana ini.. Mereka anggap polis itu mati sedangkan tidak. Mereka mendapat berita yang tidak betul.. Sebab itulah mereka sanggup belasah sesiapa sahaja peserta bersih. Sedangkan berita tersebut tidak betul, malahan kalau saya lihat, peserta bersih itu sendiri yang melindungi polis dari dibelasah oleh peserta yang mungkin menyamar atau terlalu ganas.

Secara jujur saya katakan tidak semua polis teruk. Cuma segelintir polis yang bertindak mengikut perasaan membelasah sehingga lebam itulah yang paling rakyat kutuk dan caci mereka seperti balaci yang membabi buta. 

Dan kenapa peserta bersih juga tiba2 provokasi?
Kerana mereka juga ada sebab untuk berlindung, dan mereka telah diserang oleh pihak polis@FRU dengan diltembak TEAR GAS dalam sekumpulan besar peserta yang "CROWDED" dan terpaksa lari menolak orang sekeliling dengan terpaksa.

Inikah idea logik polis?? Cara untuk menyelesaikan masalah?.. Dengan cara itulah pihak polis juga "boleh" membunuh peserta bersih even mereka sebenarnya pelindung rakyat. Peserta ketika itu mungkin terpaksa lari dalam keadaan menutupi mulut, hidung dan mata yang berair dalam keadaan sesak. 

Selipar kasut tercabut.. Dan kanak2 serta perempuan terpaksa menahan kudrat yang lemah untuk melarikan jauh dari asap pedih tersebut. Selesaikah masalah? TIDAK! Dan Sebab itulah ada dikalangan peserta bersih tidak berpuas hati.. 

Dan kerana itulah peserta sanggup bertahan sehingga 
malam untuk menentang polis. 

Saya melihat sendiri pihak polis mengejar peserta bersih lalu terus memukul.. Dan selepas dipukul peserta bersih datang untuk backup, dan mereka berjaya menyelamatkan peserta tersebut, malah berjaya menangkap seorang polis yang membelasah peserta tadi. 

Lalu dibawa kedalam peserta bersih yang terlalu lah ramai dan penuh. POLIS tersebut tidak dibelasah malah dihalang oleh pihak peserta dan polis tersebut hanya disoal siasat kenapa mereka sanggup pukul dan sebagainya.. Rakyat sendiri tahu mengambil berat.. Kerana mereka datang dan berkumpul disana bukan untuk PROVOKASI tetapi untuk melaksanakan keadilan secara AMAN dan DAMAI..

Saya pergi dan saya tahu bermula dari awal sehingga habis perhimpunan bersih..

Yes, Saya tahu kita sekarang patut bersyukur dengan penetapan dalam negara Malaysia yang aman damai, tidak ada perang dan sebagainya, Bukan nita peserta bersih untuk menghancurkan negara dan tidak bersyukur, tetapi mereka hanya mahukan KEADILAN, memperbetulkan dengan KUASA RAKYAT yang mereka ada. Kalau belajar undang, RAKYAT ADA HAK UNTUK MENEGAKKAN KEADILAN SEKIRANYA KERAJAAN YANG SEDIA ADA TIDAK MELAKSANAKAN SESUATU DENGAN ADIL DAN PENUH PENIPUAN RAKYAT...

JADI JANGANLAH KORANG NAK KESIAN PADA SATU PIHAK SAHAJA.
Tak perlulah nak kata korang lagi tahu sebab yang korang ada hanyalah media pro KERAJAAN even korang dapat tahu dari video di youtube ,facebook, dan twitter. . Video dipotong tanpa mendedahkan hal2 yang benar.. 

Try to shut up. Pliss.. Saya pergi kerana saya ingin melihat sendiri keadaan situasi sebenar berbanding dari dalam TV. Secara jujur saya nampak siapa yang salah memulakan keganasan. Siapa yang membantah secara aman. siapa yang tidak adil.. 
Dan Polis MUDA lebih suka bertindak mengikut arahan dan hanya tahu "BELASAH" apabila dapat tangkap peserta bersih. Wallahualam. 

Tolong kaji video yang ada dalam youtube sebaik mungkin kalau anda mantap memberi pendapat. Dan siapa yang paling banyak pukul orang.. :')

Minta dishare kalau anda rasa anda juga open minded seperti saya.. 

-Hasifzul-


P/s: Dan terima kasih kepada pihak MediaJer.com yang sudi berkongsi dihalaman fanpage facebook beliau even penulisan saya agak teruk dan tidak tersusun. Dan mendapat sambutan dengan pelbagai pendapat dari kedua2 pihak even kebanyakannya negatif.. :)
Korang boleh baca komen mereka disini..  TEKAN SINI >.<

TOP3 Group Final Projek Akhir Semester Kos IT Daripada 70 Group Telah Diumumkan Bagi Group Yang Paling Terbaik. Projek Mereka Ialah..

Baru semalam kami yang Top18 sebagai pelajar akhir semester selesai membuat presentation di khalayak ramai bagi dinilai oleh penilai luar dari Unisel. Jadi sebanyak 18 Booth la ada kat situ. Mulanya group aku malas nak show off kat ramai orang, so aku lari dari booth, tinggalkan.. Hahha!

Selepas dah selesai kena nilai punya nilai, dari pukul 8pagi sampai lah 5petang, Maka diumukan oleh pensyarah pemenang yang Top 5.. Dekat bawah ni aku listkan Top3 dan seterusnya Top5.
 
KOS DIPLOMA IN PROGRAMMING
Top 3:
Pertama: Advanture Android Game, Akmal dan Syazwan
Kedua: Robotic Soccer, Hassan dan Afiq
Ketiga: Video Dokumentari Anak yatim Baitul Aitam, Ashraf Halib dan Hakim Honk

Top5:
Keempat: Temujanji Pensyarah Web System, Wong kok man dan Hakim
Kelima:E-cuti Mosti Web System, Sulaiman dan Siddiq

KOS DIPLOMA IN NETWORK
Pertama: Kevin dan Unknown, Unknown
Kedua: Syazwani dan Unknown, System Hospital
Ketiga: Unknown dan Unknown, Unknown

Tahniah lah wahai pemenang2 yang disayangi.. Kau orang terbaik.. Tapi yang paling nak diceritakan, paling ramai projek yang orang tengok satu booth je, Video Dokumentari Baitul aitam sahaje, kalau nak dikira berapa kali video tu di “Play” kan, aku rasa banyak lebih 40x kot. Bosan dah tengok, hahaha. Ini hasil video mereka.
Tapi takpe, keringat korang membawa hasil akhirnya, keluar duit print bagai, akhirnya dapat la juga tempat ketiga kan, Untung mak mengandung kau. Atas ni video hasil ciptaan diorang, jadi aku tumpang sekaki je, harap maklum.. Menyentuh hati bagi yang faham dan sangat memahami kehidupan anak yatim.. Enjoy dude!

Ini bukti Video mereka ramai yang datang, sedangkan booth aku ngn jiran sebelah takde orang.. Krik krik krik

Final Projek Selama Dua Semester Untuk Disiapkan Telah Selesai Dengan Bebelan Penilai Untuk Tahun 2011-2012

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi banyak2, kerana telah permudahkan urusan kami sebagai pelajar akhir semester di Politeknik Sabak Bernam. Dulu susah payah kami tak tidur malam, senkang mata sampai ke pagi, duduk baring semua tunggang terbalik.. Tapi sekarang, semua dah lepas.. Jyeih! ('.')"

Semalam dan petang tadi, baru je selesai present 100% Final Projek pada penilai kami, dan buat masa ni semua alhamdulillah, takde lagi yang kena FAILED.. :)  btw, Batch kami seramai 100 orang lebih, dan group yang akan terpilih untuk final projek di kafe admin adalah seramai 16 group. Kalau ada usaha, dapatlah hasilnya. 

Tipu kalau mereka tak suka kerana telah terpilih, Jujur je korang cakap yang korang suka sebab dah terpilih.. :D Tapi, ni baru dipoli, takde apa sangat pon, yang tak berjaya, Tahniah juga sebab berjaya siapkan final projek. Dan berjaya present dengan baik..

Iyyyer, group aku dan Harith bin tajuddin pun terpilih jugak, tahniah kepada partner kerana berjaya menjayakan sistem atas angin bak kata kawan2 aku. -.-' Yang penting, dah lepas present pun dah cukup. Dan doakan segala urusan kami untuk mempamerkan projek kami di kafe admin pada khamis ini, berjalan dengan lancar.. Poster dan broucher pun kena buat, tu yang malas sebenarnya.. -.-'  All the best my friend.. All de best.. :)

Tukar Tapak Kaki